Bermula dari awal bulan Disember 2014 sehingga saat ini, hujan yang turun tidak henti-henti dari hari ke hari... Berehat seketika kemudian turun kembali. Allah berikan panas yang lama maka Allah datangkan hujan yang lama. Kita beriman dan kita yakin bahawa apa yang terjadi pada saudara kita di PANTAI TIMUR merupakan suatu bukti dan hikmah yang tersembunyi oleh ALLAH.
Kita semua akan melihat setiap perkara dengan 3 Jenis mata,
1) Mata Kasar : Kita melihat sesuatu yang ALLAH timpakan dengan persoalan dan cuba mencari punca berlaku sesuatu itu.
2) Mata Akal : Maka kita akan merenung berapa siksanya mereka yang ditimpa itu dalam mengharungi segala onak duri yang bersimpang siur dan penuh ranjau.
3) Mata Hati : Kita melihat itu sebagai muhasabah diri terhadap kita, mungkin kerana diri kita yang melakukan dosa maka ALLAH hantar segala bala bencana ini kepada seluruh manusia yang berdosa dan tidak berdosa. Kita juga akan berfikir bahawa ALLAH ingin mensucikan sesuatu yang fasik itu kepada sesuatu yang lebih beriman.
Maka dengan ketiga-tiga mata ini, kami selaku intitusi pendidikan QGIIS menghulurkan 10 jari, menundukkan diri dan melapangkan hati lalu memohon kepada ILAHI ringankan ujian ini, permudahkan permasalahan ini, kerana kami tidak mampu melawan takdir dan ketentuan MU.Hanya daripada Mu kami datang dan hanya kepada MU jua kami kembali. Matikanlah kami dalam keimanan yang JITU hanya kepada MU.
No comments:
Post a Comment