Enrol NOW

Thursday 25 December 2014

Resah Gelisah Dan Gementar


                Bermula dari awal bulan Disember 2014 sehingga saat ini, hujan yang turun tidak henti-henti dari hari ke hari... Berehat seketika kemudian turun kembali. Allah berikan panas yang lama maka Allah datangkan hujan yang lama. Kita beriman dan kita yakin bahawa apa yang terjadi pada saudara kita di PANTAI TIMUR merupakan suatu bukti dan hikmah yang tersembunyi oleh ALLAH. 

                 Kita semua akan melihat setiap perkara dengan 3 Jenis mata,

1) Mata Kasar : Kita melihat sesuatu yang ALLAH timpakan dengan persoalan dan cuba mencari punca berlaku sesuatu itu.

2) Mata Akal : Maka kita akan merenung berapa siksanya mereka yang ditimpa itu dalam mengharungi segala onak duri yang bersimpang siur dan penuh ranjau.

3) Mata Hati : Kita melihat itu sebagai muhasabah diri terhadap kita, mungkin kerana diri kita yang melakukan dosa maka ALLAH hantar segala bala bencana ini kepada seluruh manusia yang berdosa dan tidak berdosa. Kita juga akan berfikir bahawa ALLAH ingin mensucikan sesuatu yang fasik itu kepada sesuatu yang lebih beriman.

Maka dengan ketiga-tiga mata ini, kami selaku intitusi pendidikan QGIIS menghulurkan 10 jari, menundukkan diri dan melapangkan hati lalu memohon kepada ILAHI ringankan ujian ini, permudahkan permasalahan ini, kerana kami tidak mampu melawan takdir dan ketentuan MU.Hanya daripada Mu kami datang dan hanya kepada MU jua kami kembali. Matikanlah kami dalam keimanan yang JITU hanya kepada MU.


Monday 15 September 2014

SEJARAH HARI MALAYSIA


INFO! - SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963


Ada apa dengan 16 September? Pasti tak ramai yang tahu ada apa dengan 16 September yang kita tahu tiba-tiba cuti. 16 September adalah Hari malaysia yang kita sambut dimana Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.





16 September merupakan Hari PembentukanPersekutuan Malaysia dan tahun ini 2014, 51 tahun sudah negara Persekutuan Malaysia telah dibentuk.

Disamping itu juga, 16 September diisytiharkan sebagai Hari Angkatan Tentera selain daripada Sambutan Hari Malaysia.

Rentetan Penubuhan Persekutuan Malaysia:



TARIKHPERISTIWA

27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik


23 Julai 1961 

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.


Ogos 1961 

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961

 Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962 

Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha

3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia

21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia


Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British pada Julai 1963, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.


Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.


Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.










Dari segi sejarah - berapa ramai yang tahu bila Sarawak merdeka, begitu juga Sabah dan juga Tanah Melayu. Mungkin segelintir sahaja yang tahu. Sabah dan Sarawak serta Singapura bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara persekutuan (Singapura keluar daripada Persekutuan pada 1969 manakala Brunei tidak jadi untuk menyertai Malaysia, walhal Brunei antara penyokong kuat pembentukan negara persekutuan).

Sebab utama adalah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah empat negara berdaulat yang merdeka dari jajahan British. Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957, manakala Sarawak merdeka atas usaha raja terakhir Dinasti Brooke yang menyaksikan kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 dan Sabah pula pada 31 Ogos 1963, bersama Singapura.

Monday 21 July 2014

Gaza Palestin dan sebuah perjuangan Islam dari generasi ke generasi

           Hari demi hari, perjuangan rakyat Palestin khususnya penduduk Gaza tidak henti-henti berjuang semata-mata mempertahankan sebuah negara suci yang telah diduduki oleh para rasul dan nabi yang mulia. Sejarah telah membuktikan bahawa, setiap perjuangan yang bersenjatakan kalimah tauhid tidak akan padam dan lena ditelan zaman.
           Pada masa yang sama, kita dikejutkan dengan terhempasnya sebuah pesawat MH0017 yang mengorbankan semua penumpangnya sama ada beragama Islam mahupun sebaliknya. Kedua-dua ini merupakan sebuah cerita dan tanda-tanda yang dibawa oleh Allah kepada setiap insan bahawa segala yang kita rancang akan ditentukan oleh Allah semata-matanya.
           Q-giis selaku badan pendidikan generasi muda di MALAYSIA berpendirian bahawa, tidak kira apa yang berlaku, tidak kira sesiapa sahaja, kita sebagai rakyat MALAYSIA perlu menceritakan dan menanam sifat tanggungjawab terhadap jiwa anak-anak MALAYSIA bahawa setiap apa yang berlaku kita wajib berusaha membantu mereka sama ada dari segi harta benda dan kerahan tenaga bagi membuktikan kepada ALLAH bahawasanya kita bukan berdiam tetapi kita tetap berusaha dengan cara tersendiri.
           Dengan itu, kami dari Q-GIIS berharap agar kita rakyat MALAYSIA khususnya menggunakan BULAN YANG MULIA ini BULAN RAMADHAN sebagai suatu wadah dan perjuangan khususnya bagi membantu rakyat ISLAM PALESTIN dengan memperbanyakkan solat tahajjud serta sentiasa mengimplimintasikan QUNUT NAZILAH sama ada secara bacaan harian dalam perbarisan anak-anak ataupun dalam bacaan SOLAT. Disamping itu juga, QGIIS berharap kita dapat menyedarkan anak-anak kita bahawasanya DOA itu SENJATA bagi ORANG-ORANG MUKMIN.

SAVE GAZA... SAVE PALESTINE.. WE KNOW AND WE CARE...





Open For Registration 2016



.....Let`s call us for more information... 

03-80901806
014-8290036

....first come first serve...