Pada masa yang sama, kita dikejutkan dengan terhempasnya sebuah pesawat MH0017 yang mengorbankan semua penumpangnya sama ada beragama Islam mahupun sebaliknya. Kedua-dua ini merupakan sebuah cerita dan tanda-tanda yang dibawa oleh Allah kepada setiap insan bahawa segala yang kita rancang akan ditentukan oleh Allah semata-matanya.
Q-giis selaku badan pendidikan generasi muda di MALAYSIA berpendirian bahawa, tidak kira apa yang berlaku, tidak kira sesiapa sahaja, kita sebagai rakyat MALAYSIA perlu menceritakan dan menanam sifat tanggungjawab terhadap jiwa anak-anak MALAYSIA bahawa setiap apa yang berlaku kita wajib berusaha membantu mereka sama ada dari segi harta benda dan kerahan tenaga bagi membuktikan kepada ALLAH bahawasanya kita bukan berdiam tetapi kita tetap berusaha dengan cara tersendiri.
Dengan itu, kami dari Q-GIIS berharap agar kita rakyat MALAYSIA khususnya menggunakan BULAN YANG MULIA ini BULAN RAMADHAN sebagai suatu wadah dan perjuangan khususnya bagi membantu rakyat ISLAM PALESTIN dengan memperbanyakkan solat tahajjud serta sentiasa mengimplimintasikan QUNUT NAZILAH sama ada secara bacaan harian dalam perbarisan anak-anak ataupun dalam bacaan SOLAT. Disamping itu juga, QGIIS berharap kita dapat menyedarkan anak-anak kita bahawasanya DOA itu SENJATA bagi ORANG-ORANG MUKMIN.
SAVE GAZA... SAVE PALESTINE.. WE KNOW AND WE CARE...